Terima kasih!

Hit Counter

Thursday, May 5, 2016

Buku, Doa dan Hamba

picture subject to rightful owner. Thank You :) 

                                            
Assalamualaikum dan Bismillahirrahmanirrahim

Nak cerita sikit pengalaman hari ni. Al-kisah saya nak pinjam buku dari library.

Pagi Jumaat penuh barakah ana gigih kan diri menuju ke library walaupun hari ini cuti bagi negeri Kedah dan sewaktu dengan nya. Tujuan dan niat ana satu, nak pinjam buku untuk kawan ana sebab dia nak guna buku tu untuk rujukan FYP dia. (Kawan ana study dekat U lain). Sebab sayang kawan yang selalu ada time susah senang, ana nak tolong jugak kawan ana dengan izin Allah. Allah ja tahu betapa malas nya ana nak bergerak pagi-pagi cuti macam ni. Tapi ana gigih kan diri, ana ulang banyak kali “Ada hikmah perjalanan ni, ada hikmah perjalanan ni, ada hikmah perjalanan ni”.

Disebabkan buku yang nak dipinjam tu bidang lain dari yang ana ceburi, ana tak tahu mana letak nya section shelf buku tersebut. Tapi disebabkan ana rasa ana sudah tahu luar dalam library tu, ana pegi lah ke tempat yang ana rasa buku tu terletak.

Allahu Akbar. Cari-cari tak jumpa. Pusing-pusing macam nak tolak semua almari dekat situ.

Hampir nak nangis, hampir nak putus asa, hampir nak mengamuk marah dekat orang. 

Dah niat nak balik dalam keadaan tangan kosong ni, ana fikir banyak kali: “Nak p tanya ke tak ek librarian tu. Hm. Tanya takut kena marah. Tanya takut menyusahkan orang. Tanya takut die gelakkan. Nak Tanya tapi malas Hm”. Last-last Allah gerakkan juga diri ni untuk pergi bertanya. And you know what? I’m actually spending almost one hour searching book which completely at wrong section. Rupanya Sir Librarian tu cakap, buku ni ada dekat library baru, tingkat bawah sekali. Alhamdulillah walaupun lambat, ana berhasil juga untuk jumpa buku tersebut. Comel ja buku tu rupanya. 

Macam biasa je kan cerita nya? Tapi ana yakin Allah jawab doa ana. Sebab kan ana cakap dari awal ana liat nak bangun tapi ana cakap dalam hati semoga apa yang ana buat ni ada hikmahnya. Allah Maha Mendengar sayang.

Jadi pengajaran yang ana dapat hari ni:
  • Setiap apa yang terjadi ada hikmah. Sentiasa ada hikamah. Ingat tu. Cari ibrah, cari pengajaran.
  • Bila kita rasa kita hampir putus asa, hampir mengalah, doa banyak-banyak dan minta petunjuk daripada Allah. Jangan sombong untuk berdoa. Jangan sombong untuk minta bantuan.  Hasbunallahu wa ni’mal wakeel.

Mungkin ini pengajaran dan hikmah yang Allah nak tunjuk dekat ana. Wallahu a'lam.

Ana suka dengan ayat kak Fynn Jamal. : mama selalu cakap, jangan malu minta doa besar-besar sebab Allah tu jauh lagi besar dari doa kita. Kalau Dia nak bagi, Dia akan bagi. 

Lecture ana pun ada cakap dan pesan (ana tak ingat yang tepat. Intipati ja ana ingat).

Apa status antara kita dengan Allah? Satu kelas jawab, “Hamba”.

Jadi apa ciri-ciri hamba? Masing-masing sebut satu-satu characteristic.
 “Merayu untuk bantuan, patuh dengan arahan. Amanah. Sentiasa diperhatikan. Jangan belagak, jangan sombong: sebab kita hamba kan?  Jadi buat cara hamba.”

Deep kan.

Lastly, harapan saya, semoga cerita ini bukan setakat pengajaran untuk diri saya, tetapi dapat memberi manfaat kepada siapa jua yang membaca entry ni. Semoga ana sendiri tak lupa status hamba ana. InshaAllah. Sama-sama kita berusaha ! Ayuh !