Terima kasih!

Hit Counter

Thursday, March 3, 2016

Rezeki dan Syukur

[Photo credits; KhadimulQuran]

Assalamualaikum dan Bismillahirrahmanirrahim

Semoga penulisan ini memberi manfaat kepada yang membaca.
Setiap kali menulis, niat di hati aku, sejujurnya, ditujukan khas buat diri aku sendiri. 
Semoga dengan penulisan ini, aku dapat betulkan dan 'reset' semula diri ni. InshaAllah.

Jadi hari ini kita berbicara soal rezeki. Sebab result SPM baru keluar, jadi, aku teringat beberapa kisah yang, inshaAllah, dapat memberi pengajaran. Yang penting kita kena tahu yang apa pun terjadi, ada hikmahnya. Dan, rezeki Allah SWT bagi, tiada had, dalam pelbagai cara. Kalau kita perhatikan betul-betul, banyak rezeki yang Dia dah berikan pada kita.

Berbalik kepada keputusan SPM, pertama sekali, tahniah buat semua adik-adik sebab berjaya menempuh peperiksaan tersebut. Bercerita tentang kisah aku bila dapat result SPM, result aku tidak lah sehebat mana. Walaupun aku sekolah di sekolah aliran sains, tapi sains aku semuanya golongan-golongan B. Kecewa? Bohong lah kalau tak. Iman aku tak kuat sangat. Aku kecewa dan dalam masa yang sama, aku fikirkan masa-masa 5 tahun aku habiskan dekat sekolah sains, ruginya. Hati seronok bila tengok kawan-kawan dapat result bagus-bagus. Cemburu? Bohong lah kalau tak cemburu. Belajar sama-sama, tidur sama-sama, kelas sama-sama, tapi result dia lagi gempak. Lepas ambil result tu, aku fikir, mana aku nak sambung belajar. Aku yakin mostly kawan-kawan mesti sambung ambil aliran sains. Aku nak, tapi aku tahu aku tak mampu bawa sains lagi. Aku call kakak aku nak bagitahu result aku. Ayat kakak aku beritahu hari tu lah, yang aku (inshaAllah) tak kan pernah lupa. Dia cakap, "Tak pe, Allah SWT dah tunjukkan kau jalan. Kau tak perform sains jadi kau tak payah pening-pening buat pilihan. Kau dah jelas sains tu bukan jalan kau. Jadi nanti mohon lah kos yang lain dari sains. Allah nak mudahkan uruskan kau''. Terkedu aku. Dah dapat result tu, aku jadi lupa doa-doa aku yang dulu. Doa supaya Allah tunjukkan aku jalan yang mana lebih baik untuk aku. Baru aku sedar, Allah sedang makbulkan doa aku. Alhamdulliah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.

Betul lah apa kakak aku cakap. Sejak tu aku yakin, rezeki Allah tak kan pernah salah alamat. Kuncinya sabar dan redha. Apa yang diberi kepada aku, Allah sangat-sangat lebih Maha Mengetahui jalan hidup aku berbanding aku sendiri. Yang penting kita kena yakin, kena selalu mohon petunjuk. Jadi, kepada lepasan SPM semua, janganlah risau, inshaAllah, jangan sedih tengok kawan-kawan pegi ke tempat-tempat yang dulu kau pernah berangan nak sambung belajar. Itu rezeki dia. Bahagian dia. Rezeki kita, apa yang ada pada kita. Soal nya cuma nak tengok sama ada kita bersyukur ke tidak. Rasa puas ke tidak. Rezeki tu milik Allah, Allah beri kepada sesiapa yang Allah kehendak. Bila fikir dalam-dalam, 5 tahun dekat sekolah tu, bukan lah sia-sia pun, Allah bagi aku nikmat bermacam dekat sana. Dapat kenal orang-orang baik,  dapat kawan-kawan setia, dapat belajar perkara-perkara menarik, dapat macam-macam lagi yang aku tak upaya nak cerita satu-satu. Alhamdullilah.

Ayah aku selalu pesan, nak rasa syukur tu, jangan tengok orang yang dapat lebih dari kita, tapi kita kena tengok orang yang dapat kurang daripada kita. InshaAllah baru kita rasa sedar diri nanti. 

Sekian,
Semoga memberi manfaat inshaAllah.