Terima kasih!

Hit Counter

Monday, February 22, 2016

Kasih Tanpa Sempadan - Aceh





Assalamualaikum dan Bismillahirrahmanirrahim

Semoga penulisan ini memberi manfaat kepada yang membaca.

Alhamdulillah, tanggal 15 Februari hingga 18 Februari yang lepas, diberi peluang oleh-Nya untuk mengadakan lawatan ke bumi Aceh. Aceh yang dulu pada tahun 2004 telah ditimpa tragedi tsunami. Tragedi yang membuka mata ramai manusia, yang menjadi bukti bahawa manusia hanya kehidupan yang tidak bermaya dan lemah. Tsunami menurut Pak Karim (tour guide kami), ditafsirkan oleh penduduk bumi Aceh sebagai; 'Tuhan Suruh Umat Nabi Muhammad Insaf'. 

Banyak pengajaran dan nilai-nilai penduduk sana yang menarik perhatian kami. Antaranya, mereka sangat patuh pada waktu solat. Sebagai contoh, kami sedang mengadakan sidang forum bersama Universiti Serambi Mekah (USM), dan kebetulan ketika sedang berlangsungnya forum, kedengaran azan Asar, mereka dengan sopan meminta kebenaran untuk memberhentikan majlis sebentar untuk turun solat berjemaah. Sesuatu yang membuka mata aku, sebab jarang-jarang melihat perlakuan itu di sini. Semoga kita dapat mengambil iktibar, menjadikan contoh. Mari kita cuba; untuk solat di awal waktu.

Melawat kawasan-kawasan yang dilanda tsunami dapat sedarkan kita, bahawa bumi ni hanya sementara. Itulah perasaan yang terdetik dalam hati ini setiap kali melangkah ke tempat-tempat lawatan tragedi tsunami. Dunia ini sangat-sangat sementara. Tempat 'transit' sebelum ke kehidupan abadi. Dan kita hanya mampu bergantung sepenuhnya harapan pada Dia. Hanya Allah Maha Besar yang mampu membantu kita untuk keluar dari apa jua kesusahan dan kegelisahan yang melanda. Harapan selayaknya diletakkan kepada Dia, hanya Allah SWT yang mampu bantu kita, di dunia dan di akhirat. Muktamad. 

Tujuan kedatangan kami adalah untuk menghulurkan semangat berkasih sayang tanpa sempadan, sebaliknya, kami yang mendapat banyak kasih sayang daripada penduduk-penduduk kampung. Sangat-sangat bernilai setiap moment berada di bumi Aceh. Kagum dengan kekuatan, keperibadian dan kesopanan yang ditunjukkan. Semoga pengajaran dan ilmu yang kami dapat sepanjang perjalanan ini, dapat kami praktikkan sebaik mungkin. InshaAllah, jika diberi peluang, kami akan ke sana lagi.

Kasih Tanpa Sempadan- Aceh
Salam ukhwah berpanjangan.
#KTSxAceh