Terima kasih!

Hit Counter

Saturday, November 28, 2015

Mari Kumpul Pahala: Menuju Masjid

photo credits: http://www.islamicsupremecouncil.com

Assalamualaikum dan Bismillahirrahmanirrahim
Semoga penulisan ini memberi manfaat kepada yang membaca.

Alhamdulillah hari ini ada dapat sedikit ilmu yang nak dikongsikan bersama iaitu pahala menuju ke masjid. 

Ayuh! Mari menuju ke masjid solat jemaah kawan-kawan.
Bak kata penceramah tu, tak dapat solat berjemaah lima waktu dekat masjid atau surau, dapat satu waktu pun Alhamdulillah syukur. Yang duduk hostel tu meh ajak sekali roommate turun berjemaah, kita nak ke syurga ramai-ramai kan! InshaAllah.

Dari Abu Hurairah r.a. pula bahwasanya Nabi s.a.w. bersabda: 
"Barangsiapa yang bersuci di rumahnya kemudian ia pergi ke salah satu dari beberapa rumah Allah -yakni masjid- untuk menyelesaikan salah satu shalat wajib dari beberapa shalat yang diwajibkan oleh Allah, maka langkah-langkahnya itu yang selangkah dapat menghapuskan satu kesalahan sedang langkah yang lainnya dapat menaikkan satu derajat." (HR. Muslim) 

Haa Ya Allah tak ke rasa beruntung? Setiap langkah wahai sahabat-sahabat. Jadi, lagi jauh lagi bagus. Sebelah kaki langkah dapat pahala, sebelah langkah pula dihapuskan dosa. 
Allah Maha Besar Allah Maha Penyayang. Jangan lupa niat iktikaf sebaik sahaja masuk masjid! Ha pahala lagi inshaAllah. Allah Maha Pemurah!

Semoga Allah mudahkan dan ringankan badan saya dan anda semua untuk menuju ke masjid. Dapat satu waktu sehari pun Alhamdullilah buat saya yang masih bertatih ni. Mari kita bermula sama-sama, slowly but surely inshaAllah. Dan dan dan, semoga kita sentiasa istiqamah. Bismillahirrahmanirrahim.

sumber: Pelbagai dan Ceramah Maghrib Surau Muamalat & YAB 28 Nov 15
"Sampaikanlah walaupun hanya satu ayat"