Terima kasih!

Hit Counter

Monday, October 12, 2015

Al-Fatihah; Encik Ahmad


Assalamualaikum.

" Daripada Abu Hurairah bahawa Rasulullah S.A.W bersabda; Apabila seseorang itu meninggal dunia maka terputuslah amalanya kecuali dari tiga perkara, sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan dan anak yang soleh mendoakan untuknya."

Al-Fatihah buat Encik Ahmad

Sebak hati nak menulis. Dari awal aku menguruskan perihal praktikal, hati macam senantiasa redha. Redha dalam konteks aku tak kisah ditempatkan dimana-mana. Jadi aku mengambil keputusan untuk mengikut rakan-rakan untuk buat di Mahkamah Tinggi Ipoh walaupun aku duduk dan tinggal di Johor Bahru. Sejurus mendapat keputusan dari pihak pejabat bahawa permohonan aku untuk ditempatkan di Ipoh diluluskan, hati mula tak tenang. Sebab mungkin aku terasa liat untuk berpisah selama sebulan dengan keluarga setelah cuti yg agak panjang. Tapi pesan ayah sentiasa melekat dekat kepala, "Yang penting niat nya nak belajar, dekat mana pun tak kisah". Jadi aku mula kuatkan diri. Bila difikirkan balik, memang aku sendiri yang memilih Ipoh, justeru kenapa bersedih? Mungkin rindu. Tapi belajar itu kan jihad.

Sepanjang keberadaan aku di Mahkamah Tinggi Ipoh, aku yakin dan mula menguatkan diri aku bahawa segala yang terjadi ada hikmah, Allah SWT letakkan aku di sini untuk aku mempelajari sesuatu, Allah Maha Mengetahui. Allah SWT nak aku ambil iktibar. Mungkin hikmahnya apabila aku belajar erti berdikari dan cekal hati. Mungkin hikmahnya untuk aku berjumpa dengan insan bernama Encik Ahmad.

Encik Ahmad, merupakan Jurubahasa di Mahkamah tersebut. Beliau merupakan salah seorang staff yang menyambut baik kehadiran kami di sana. Disaat aku cuak pada hari pertama di Mahkamah Tinggi Ipoh, hadirnya dia dengan senyuman seperti seorang ayah yang penyayang, membuat perasaan cuak itu hilang. Sangat mesra dan ramah. Melayan kami yang hadir seramai 16 orng dengan sebaik mungkin. Encik Ahmad, Encik Jefri dan staff-staff lain juga sangat ramah dan baik dengan kami. Terima kasih saya ucapkan buat semua staff dan warga kerja Mahkamah Tinggi Ipoh. Dan walaupun perkenalan dengan Encik Ahmad singkat hanya sebulan, banyak yang aku belajar darinya. 

Pengajaran yang paling penting aku dapat dari Encik Ahmad adalah jangan sesekali lokek ilmu. Ilmu itu milik Allah SWT, dipinjamkan kepada kita untuk kita dimanfaatkan sebaik-mungkin. 

Sebaik-baik manusia adalah yang paling bermanfaat bagi orang lain.

Akhir kata, Terima Kasih Encik Ahmad atas segala tunjuk-ajar yang tuan berikan kepada saya dan kawan-kawan. Semoga Arwah ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman.

Al-Fatihah.