Terima kasih!

Hit Counter

Sunday, September 13, 2015

Kenapa Aku Menulis?


Assalamualaikum.

Pernah suatu ketika dulu seorang sahabat bertanya kepada aku. ‘Kenapa kau menulis?’ Kenapa aku ada blog. Well that time aku jawab dengan jawapan yang diri aku yang sekarang pun boleh tergelak bila fikirkan balik. After few years aku fikirkan jawapan finally aku rasa aku dapat jawapan. Rasalah….

First, truly-honestly-sejujurnya, aku buat blog sebab at that time memang trend. Sebab ramai yang buat. So, aku pun buat lah. Sebab aku bab laman sosial ni aku memang advance sikit berbanding kawan-kawan sebaya. Sebab aku suka explore laman sosial ni. Twitter pun aku ada sejak 2009. So basically sebab trend. 15 tahun umur aku masa tu.

Now, seiring dengan umur aku yang hampir menjejak 21 tahun, bila aku buat throwback post-post aku yang lalu, Ya Allah, malu. Tapi aku tahu time tu aku tak matang. These past few years, aku terfikir balik apa tujuan aku menulis di blog. Yea mungkin sebab aku sunyi dan bosan. Mungkin sebab aku seorang yang jarang dan tidak suka tunjukkan perasaan, aku start menulis sebab aku bosan. Dalam hati dan kepala ni banyak perkara yang aku nak bagitahu, tapi tak pernah terluah. Jadi dekat blog ini lah tempat aku luahkan apa yang ada dekat benak fikiran aku yang tak boleh nak tulis dekat facebook atau twitter.

Bukan apa, dekat facebook dengan twitter kalau post islamik sikit je orang dah fikir bukan-bukan. Menunjuklah apa lah. So, daripada aku runsing fikirkan apa orang fikirkan, aku luah dekat sini. Aku ni bukan nya orang baik, tapi aku nak berusaha jadi baik. Justeru, harapan aku, semoga, lepas ni aku dapat update perkara-perkara berfaedah buat tatapan aku sendiri dan anda yang sedang membaca ini. Semoga memberi manfaat kepada sesiapa yang terlintas membaca blog ni.

Jadi lepas ni bila kawan aku tanya kenapa aku menulis, jawapan aku;
Aku menulis dengan harapan aku dapat memberi manfaat kepada orang yang membaca. Aku menulis dengan harapan bila aku baca balik apa yang aku tulis, aku dapat ingatkan diri aku untuk ‘walk the talk’. Sebab manusia ni memang senantiasa perlu diingatkan. Kalau tak, dia lalai. Sebab tu Al-Quran kena baca at least sehari sekali, untuk peringatan. Hari-hari kena ingat mati, supaya kita sentiasa insaf dan bertaubat. Allah SWT tahu kita berusaha. Allah tahu. 

Sekian.