Terima kasih!

Hit Counter

Friday, May 29, 2015

Ramadhan Datang Lagi !

(credit to: SpreadSalam.com)

Assalamualaikum dan Hi

InshaAllah kita akan berjumpa dengan Bulan Ramadhan dalam beberapa belas hari lagi. Semoga kita diberikan kesempatan. Excited sangat hehe. Sekarang kita dah kena buat preparation!  Persediaan macam menyambut sahabat baik nak datang rumah. Kalau bulan biasa baca Al-Quran sehelai satu hari, Bulan Ramadhan kita gandakan! Semoga Ramadhan kali ini menjadi titik permulaan kepada sesuatu yang baik dalam hidup kita. Jadi, terlajak bercerita mengenai bulan mulia ini, nak share sedikit lah pasal pengalaman berpuasa dekat asrama.

Pengalaman berpuasa dekat asrama memang seronok walaupun sedih sebab berjauhan dengan keluarga ketika bulan puasa (kita tak jauh sangat pun sebab rumah dekat dengan asrama hihi). 

Cerita bermula time sahur bila nanti ada warden akan kejutkan students dengan bunyikan hon motor. Dulu rasa bising dengan bunyi hon ni, tapi percayalah nanti rindu. Bunyi Hon itu lah yang sedikit sebanyak membantu students untuk tak terlepas sahur. Sahur penting tau! Lepas dah bunyikan hon, kadang-kadang still ada yang tak bangun lagi. This time, warden pasang lagu nasyid. Paling ingat lagu Setanggi Syurga nyanyian Inteam. Macam-macam lagu nasyid dan ceramah warden pasang supaya bangun dari tidur. Aku pula jenis yang memang kena sahur, kalau tidak memang jadi lempeng tengah hari nanti. Jadi, terima kasih kepada cikgu-cikgu dan staff-staff dewan makan yang bangun lebih awal dari kiteorang sebab nak pastikan kiteorang tak terlepas sahur. Seronoknya time sahur ni, korang boleh tengok muka kawan-kawan yang memang original lepas baru bangun tidur. Sebab time ni memang tak fikir nak bergaya dah (at least aku lah) sebab main point adalah untuk makan. Paling sedih bila terlepas sahur :( 

Dekat asrama aku, hari pertama berpuasa tu kalau kau dah cop meja, memang meja itulah yang kau akan guna sepanjang bulan Ramadhan tu. Senang, nanti tak payah berebut ke bergaduh ke nak makan dekat mana hahaha. 

Time berbuka pula. Again, untuk menghidupkan suasana Ramadhan, mereka pasang lagu-lagu nasyid. Jadi sekarang setiap kali dengar lagu nasyid mesti teringat memori berpuasa dekat sekolah. Rindu sangat. Memandangkan asrama akan tutup pagar pukul 6.30 petang, kebanyakkan students akan duduk lepak dan berlegar lah dekat kawasan dewan makan tu sementara menunggu waktu berbuka. Giliran ke Bazar Ramadhan dia buat ikut giliran kelas. Nasib baik sikit, adalah yang dapat pergi Bazar Ramadhan dengan cikgu. Nanti siapa yang dapat pergi bazar, bawak balik beg plastik berduyun-duyun tapi makanan die satu je, sebab yang lain orang tempah haha.

So, macam mana cara budak Sakti lepak sebelum berbuka? Kiteorng akan jalan-jalan sambil berbual ke Rumah Guru lepas dengar azan terus terkial-kial nak patah balik. Hihihi seronok sebab time ni lah anda akan bonding dengan kawan-kawan. Koperasi pulak jangan cerita, mesti penuh orang. Sebab semua nak air sejuk. Then, bila masuk Dewan Makan untuk berbuka, kau boleh perhatikan betapa kuat nya nafsu-nafsu manusia ni hahaha sebab majority meja penuh dengan bungkusan-bungkusan makanan beli dekat bazar. Start je bunyi beduk tanda masuk waktu berbuka, akan ada bunyi 'tak, tak, tak; --sebab semua bukak air tin serentak. 

Lepas habis, kita proceed ke Surau Al-Jawahir untuk solat Maghrib, Solat Isyak dan Terawih. Ya Allah rindu nak solat terawih dekat sekolah. Nak menuju ke surau nanti kiri kanan dia pasang pelita. Supaya ada lah feel nye disitu hihi. Sekian, pengalaman berpuasa di sekolah. Walau sedih tak dapat bersama keluarga, kehadiran kawan-kawan dapat lah mengubat sedih hati ini. Cewahh.

Setakat ini, aku berpuasa memang jarang jauh dari keluarga. Paling jauh time aku dekat UiTM Shah Alam. Itu pun tak terasa sangat jauh nya sebab every week balik rumah ke Johor. Kali ini je, macam sebak sikit sebab 2 minggu last puasa inshaAllah akan berpuasa di Ipoh. Sebab ada practicum. But then, I'm still looking forward to that because this time nak collect experience fasting with university buddies pulak. May Allah ease everything. Sedih tau bila berpuasa jauh dari family, tapi hati kena kuat. OhYeah! Ok done with perasaan sedih.

Yes, So, dah prepare for Ramadhan? Dekat mana pun kita berpuasa yang penting kita kena berusaha untuk jadikan Ramadhan kita bermakna dari sebelumnya. Bulan Mulia. Kumpul sebanyak amalan yang boleh. Kekalkan momentum itu untuk bulan akan datang. 

Akhir kata, Semoga kita semua dapat berjumpa Ramadhan kali ini dan Selamat Maju Jaya Semua dalam perlawanan dan perjalanan kita melawan nafsu! Semoga kita berjaya ! Amin.