Terima kasih!

Hit Counter

Thursday, April 23, 2015

Sunan Relating To Humor & Banter - When The Prophet Joked ᴴᴰ ┇ #SunnahRe...


Assalamualaikum dan Salam Jumaat.

Alhamdulillah jumpa video ni (nangis dalam hati). Perkara yang sama bermain dalam minda mengenai persoalan yang berada di awal video di atas ni. Bila bersama keluarga dan kawan, kadang-kadang tu kita tak teringat tentang perkara lain. Ya Allah. Akhirnya terjawab. Yang penting balance. Dunia memang hanya persinggahan tapi dekat dunia lah kita akan kumpul segala kebaikan (inshaAllah) untuk mendapat bahagia di akhirat.

Pasal bergurau pula. Di sini, hari ini, aku nak ambil kesempatan untuk memohon ampun dan maaf pada insan-insan yang kalau aku pernah bergurau ada terasa hati atau apa-apa. Aku ni kadang-kadang level teruk juga kalau bergurau. Sometimes tu aku tak buat lawak pun, aku deadly serious, tapi orang ingat aku bergurau lepas tu mereka pun gelak dengan gembiranya padahal aku serious. InshaAllah lepas ni aku akan berusaha kurangkan gurau yang tak releven. 

Serious tau, diri ini nak minta maaf pada semua kalau ada yang terasa hati dengan gurauan diri ini yang dah, Alhamdulillah, diberi peluang hidup selama 21 tahun di muka bumi. Mari kita bersama-sama mengubah gurauan kita ke arah yang lebih baik iaitu dengan tidak melanggar batas-batas bergurau yang digariskan dalam Islam. Nak tahu apa dia? Check-it-out video di atas. Sekian :)