Terima kasih!

Hit Counter

Monday, March 9, 2015

Marah & Sabar

(Credit buat pemilik gambar ini yang cantik lukisan dan padat dengan nasihat berguna)


Assalamualaikum.

Ni nak cerita. Kalau orang buat kita kecil hati ke tikam belakang kita ke apa ke, bersabarlah. Jangan dilayan orang macam itu. Kita kena banyak bersabar sebab ganjaran orang bersabar tu besar. Banyak kali disebut dalam Al-Quran. "Sabar orang ada batas nye weh"-- tak da weh. Orang yang nak kejar syurga, sabarnya tak da batas. Bukan nak cakap aku ni penyabar orang nya. Aku pun kadang-kadang naik angin juga. Aku cuma nak ingat kan sesama kita, mari le kita bersabar. Mari kita baiki kesabaran kita dari hari ke hari, Allah SWT suka dengan orang yang sentiasa perbaiki diri. Latih diri dengan benda-benda kecil dulu.

Antara tips yang aku apply sikit-sikit ialah, bila kita rasa nak marah ke apa ke, cuba diam. Jangan bercakap. Sebab apa yang kau cakap time marah tu tak semua ditapis oleh otak. Jangan main-main weh. Boleh hilang kawan weh kalau kau cakap tak pakai akal fikiran. Aku cakap sebab aku ada pengalaman. Time tu memang aku hilang sabar dengan seorang sahabat. Sahabat baik pula tu. Aku marah dia bukan-bukan. Padahal sebabnya, dia cuma tak bagitahu aku rahsia dan aku rasa terpinggir. Nak dekat setahun tak bertegur. Macam mana berbaik? Time nak bermaaf-maaf sebelum exam PMR, aku fikir aku perlu ambil kesempatan ini untuk berbaik. Sampai turn dia, aku nangis-nangis minta maaf. Dia pun nangis. Aku rasa lega sangat. Tahu apa ending? Sampai sekarang, dia lah sahabat yang aku akan simpan selamanya. Dia selalu ada bila perlukan. Everytime cuti, muka dia lah yang teman aku pergi mana-mana. Tak dapat bayang kalau aku belum berbaik dengan dia. 

Lagi tips? dalam Islam dah ajar, kalau time marah tu tengah berdiri, pegi duduk. Kalau time marah tu tengah duduk pergilah berbaring. Tak jalan juga? Pergi lah ambil wudu' .

Last tips, kalau yang kau marah tu dekat orang-orang yang rapat dengan kau, kau duduk fikir dulu apa yang orang tu dah buat dekat kau. Fikir segala kebaikan dia pada kau. Jangan time dia jahat je kau fikir. Kau pun bukan sempurna sangat. Agaknya lagi banyak kali kau buat dia marah, cuma dia je tak tunjuk. Fikir berbaloi ke kau nak marah dekat orang tu. Fikir lah betapa awkward nya nanti kalau kau keep on bergaduh. Kadang tu benda kecik je. Kalau dah bersahabat tu, kita kena lah terima baik buruk sahabat kita. Bukan dalam bercinta, berkahwin je kita kena faham satu sama lain. Tak gitu?

Perkara yang kau kena buat lepas kau 'terlepas' marah? Minta maaf. Tak kisah lah kau yang salah ke, dia yang salah ke apa ke. Malu nak minta maaf? Jangan. Dah selalu sangat minta maaf ? Biarkan. Tapi jangan lah kau lepas minta maaf kau buat perkara tu lagi. Cuba, cuba sebaiknya untuk elak perkara yang sama daripada berulang. Nikmat bermaaf-maafan itu, orang yang peduli je dapat rasa. Sebab ada setengah tu memang tak bother pun nak minta maaf even jelas dia yang bersalah. 

Ha gitulah kisahnya. Ingat, Allah suka orang yang bersabar.
Post ini untuk ingatkan diri aku sendiri juga. Sebab aku pun nak berusaha jadi orang yang disukai Allah. Banyak lagi cara nak bersabar. Gunalah apa jua cara yang kau selesa, cabut kuku kaki ke, nangis sorang-sorang kat penjuru, jerit atas bukit ke apa ke, gunalah. Asal kau dapat bersabar. Tak nak ke jejak syurga yang mengalir dibawahnya sungai-sungai? Tak nak?