Terima kasih!

Hit Counter

Monday, November 3, 2014

Kritikan Membina


Assalamualaikum & Hi !

Kritikan. Kita cepat menilai kritikan itu sebagai sesuatu yang jahat, sedangkan kadang-kadang kita sedar kritikan yang diberikan itu adalah perkara yang kita sendiri rasa betul. Perasaan sedih bila mendapat kritikan itu memang pasti akan ada. Tapi tak semua kritikan yang diberi bererti untuk mejatuhkan kita, sebahagian adalah perkara betul yang kita sendiri lalai. Kita patut jadikan kritikan itu sebagai sesuatu yang akan dapat membina diri kita balik. Yang salah kita betulkan. Memang tak mudah, sebab lumrah manusia selalu rasa dia sentiasa betul, tapi kita kena belajar untuk terima dengan hati terbuka. Semoga Allah SWT permudahkan hati kita semua untuk sentiasa belajar dari kesilapan.