Terima kasih!

Hit Counter

Friday, November 28, 2014

Jumaat Barakah; Memanah


Assalamualaikum & Hi

Salam Jumaat Barakah ! Alhamdulillah hari ini dapat belajar satu perkara baru. Memanah. Antara aktiviti riadah yang ada ketika zaman Rasulullah SAW. Ikutkan diri yang pemalas ini, memang tak mahu keluar bilik. Tapi seorang sahabat ini ajak untuk sertai program 'Riadah Ala Rasulullah'. Hati ini tiba-tiba senang sahaja nak setuju. Sebelum ini memang liat. Banyak alasan yang diberi untuk elak bersukan. 

Sampai di tempat memanah, sebenarnya hati ini sedikit risau. Melihat alatan yang besar-besar. Mampu ke diri ni nak angkat? Banyak kali juga la membebel kerisauan. Tapi sahabat ini relaks ja. Dia kata " Boleh. Jangan risau ". Berpegang pada kata-kata dia, aku pun kuatkanlah diri. 

Orang yang ajak kita beriadah
Betul lah orang kata; "Good friends bring out the best in you". Seronok rupanya sukan memanah ini. Dapat juga merasa perasaannya memanah ni macam zaman Rasulullah SAW.

Menurut pencarian mengenai kebaikkan memanah, antaranya adalah: membantu kita untuk fokus, untuk bertenang dan menstabilkan emosi. Itu secara mentalnya lah. Tapi kalau ikut cara aku tadi hmm memang aku ini orang yang gopoh la alamatnya.

Menarikkan. Yang lagi menarik, bila AJK buat pertandingan, kumpulan aku menang. Ya sangat tak sangka. Selain itu, dapat juga kenal kawan baru. Tak sangka riadah tu sebenarnya seronok. 

Ni kawan baru, nama pendek dia Zu, nama panjang dia tak ingat. Hihi
Lepas ni berangan nak menunggang kuda. Semoga semangat bersukan ini tak terpadam. InshaAllah. Doa-doakan lah ye saya dapat menunggang kuda.(sebenarnya takut binatang) Hehe