Terima kasih!

Hit Counter

Tuesday, March 26, 2013

Its too late


Atuk semakin tua dimamah usia. Sakit berpanjangan. Tapi aku masih tak percaya. Sebab Atuk yang aku kenal dulu seorang yang kuat dan sihat. Susah nak percaya Atuk yang dulu-dulu selalu bawa cucu-cucu jalan-jalan naik kerete kancil merah sekarang hanya mampu terbaring atas katil. Atuk rajin bawa kami cucu-cucu makan sarapan dekat luar. Roti canai , nasi lemak. Memang seronok bila balik rumah atuk masa kecik-kecik dulu. Atuk selalu bagi upah dekat cucu-cucu kalau berjaya dalam exam-exam besar. UPSR, PMR, SPM. Atuk selalu ikut perkembangan pembelajaran kami. Dua tiga tahun baru-baru ni Atuk jatuh sakit. Sakit kuat. Tapi aku tak percaya. Atuk dulu kuat. Aku jarang luangkan masa dengan Atuk. Atuk semakin tua dan aku pun semakin dewasa. Masa selalu terhad untuk melawat. 
Sekarang , Atuk dah tak ada. Atuk dah pergi buat selama-lamanya. Sebak hati bila masuk rumah Atuk nampak jasad yang ditutup dengan kain batik. Lutut mengigil. Selalu kalau masuk rumah Atuk, Atuk ada dekat depan TV atas katil, tapi masih bernafas. Tapi malam tu Atuk dah tak bernafas. Aku duduk sebelah jenazah Atuk , perhatikan perut Atuk kalau-kalau Atuk tiba-tiba bernafas balik. Tapi tak ada apa yang jadi. Atuk terbaring. Atuk macam tengah tidur. Aku sampai rumah Atuk pukul 1.30 pagi. Aku tak nak tidur. Sebab aku tahu , esok jasad Atuk dah tak ade dekat dalam rumah tu lagi. Aku nak temankan Atuk. Aku harap Atuk bangun sekejap supaya aku boleh minta maaf dekat Atuk. Minta maaf sebab jadi cucu yang teruk. Minta maaf sebab tak dapat balas segala jasa baik Atuk. Rumah dipenuhi dengan orang-orang yang sedang menyesal dan kesal. Sekarang Atuk dah tak ada. Sebak hati masa tengok jenazah Atuk dibawa dan diusung pergi oleh cucu-cucu Atuk. Dulu Atuk yang selalu bawa kami. Atuk kami sayang Atuk.
Aku tahu coretan dekat sini tak akan dapat buat Atuk hidup balik. Aku cume nak jadikan pengajaran buat yang membaca. Sayangilah orang-orang yang anda sayang sebaik mungkin. Sebab kalau mereka dah pergi, tak ada apa yang kita boleh buat lagi. 
Semoga Atuk, Hj Mokhtar bin Darmawan, ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman. Amin.